Shell Out Murah Dan Sedap RM13.50 Di Gombak - ByAsmida

Shell Out Murah Dan Sedap RM13.50 Di Gombak




MALAYSIA adalah negara yang kaya dengan hidupan laut seperti ikan, udang, sotong dan pelbagai lagi. Justeru, memakan makanan laut merupakan amalan biasa bagi masyarakat majmuk di negara ini.
Kebiasaannya, kedai-kedai makan atau restoran di tepi laut mahupun kuala sungai menjadi destinasi pilihan orang ramai kerana boleh menikmati makanan laut yang segar dan sedap.
Namun, disebabkan lokasi serta jarak yang mungkin jauh dari tempat kediaman, segelintir masyarakat memilih untuk makan makanan laut di restoran di kawasan bandar sahaja. Makanan laut biasanya dihidangkan secara berasingan. Seperti contoh, udang dimasak secara berasingan tanpa dicampurkan dengan makanan laut yang lain.
Walau bagaimanapun, terdapat restoran yang menyajikan makanan laut yang dimasak sekali.
Lebih kreatif lagi, makanan ini disajikan menggunakan hamparan kertas khas dan hanya perlu makan di atas kertas itu tanpa menggunakan pinggan ataupun mangkuk.
Idea ini menyebabkan ramai berebut-rebut untuk membuka perniagaan makanan laut itu dengan banyak kedai berkonsepkan ini sudah dibuka kepada orang ramai.
Viral di laman sosial seperti Facebook dan Instagram turut membantu menjadikan ianya trending dan membuatkan masyarakat ingin mencuba keunikan serta kesedapan konsep makanan berkenaan.
Bagi pelajar kolej swasta, Hong Yi Mun, 21, banyak restoran di sekitar Lembah Klang yang menawarkan sajian makanan laut.
Namun, dia memilih makan makanan laut di restoran yang berkonsepkan seperti itu iaitu di Restoran Shell Out setelah membaca respons pengguna laman sosial mengenai restoran tersebut.
“Kebanyakan komen mengatakan sajian makanan di restoran tersebut agak sedap. Saya adalah penggemar makanan laut.

Comments

Popular Posts